Pangsapuri Sri Kayangan, Taman Ukay Perdana, Ampang





























Subjek lelongan untuk dianalisa ialah Pangsapuri Sri Kayangan.
Lokasi seperti tertera pada imej scan diatas pada Reserve Price yang tersebut diatas.



-Jarak dari pusat bandar Kuala Lumpur hanya 12Km.
-Terdapat kemudahan Public transport (Bas dan teksi), lrt terdekat ?
-Terdapat bank, kedai makanan, restoran makanan segera berhampiran subjek.

Jika anda tinggal berhampiran subjek, sila beri komen anda untuk dikongsi bersama peminat pelabur hartanah lain.
- Apakah Market Value Pangsapuri ini? ini penting kerana kita perlu dapatkan sekurang2nya 20% dari harga pasaran.
- Bagaimana pula rate sewaan?
- Adakah mudah untuk disewakan?
- Siapakah target utama prospek penyewa disini?
-Bagaimana maintenance dan tahap kebersihan persekitaran subjek?

Semua itu penting untuk kita menilai ROI daripada pelaburan yang kita akan buat.
Ok, bersama kita membina Passive Income dari pelaburan hartanah. Jum berikan buah fikiran anda!!!

Berita berkaitan Hartanah

Bagaimana permintaan semasa hartanah di Malaysia sekarang (30/09/2009)?. Mari kita ikuti berita yang dilapurkan Akhbar Sinar.. kemudian kita buat analisa, diharap kita dapat manfaat bersama..

Apa kesimpulan yang boleh kita dapat dari laporan akhbar diatas?..hmm..
1) Permintaan hartanah di Malaysia semakin baik...
2) kalau permintaan dah makin banyak, apa maknanya.. rege pun makin naik laa kan..
3) hit terhadap web Thinkproperty.my meningkat 409 % dari tahun lepas.. perghh.. ramainya org nak cari rumah!!!..hmmm (ingat formula demand and supply masa belajar ekonomi dulu?).
4) hmm jadi sebagai rujukan Market Value bolehla kita refer kat web Thinkproperty.my nih..
ada lagi?.. bagilah idea kalau ada :)

Stesen LRT baru

SHANGHAI, CHINA - AUGUST 11:  A passenger stan...Image by Getty Images via Daylife



Mari menganalisa peluang - Stesen LRT baru akan ditambah. Apa yang kita boleh fikirkan dari artikel akhbar dibawah dari sudut pelabur hartanah.

Akhbar SinarHarian bertarikh 15hb(selasa) Sept 2009.
Mereka yang bijak mengambil peluang akan bertindak pantas. Harap aku juga tergolong dalam golongan org yang bijak mengambil peluang!!!.
Reblog this post [with Zemanta]

Plan berubah!

Hari ni aku dapat call dr amoi citibank, bad news..citibank cuma boleh offer 75% dari MV. Aku budget kurang2 dapatlah 90% dari MV(220k). So, max dia boleh kasi RM165k saja. Ni pun dah kira sekali extend dapur yang aku buat. Alamak mana cukup..target aku nak dapatkan cash 60k, barulah boleh beli low cost cash. 165-141= 24k saja dapat cash. Ni pun tak tentu lagi bersih banyak ni sebab MRTA tak kira lagi ..

Walau apapun aku kena tgkk ni dari sudut positiflah. Dah rasa macam main puzzle la pulokk.. Kebaikannya dah tentu bayaran bulanan aku lagi rendah dr yang aku bayar sekarang.. RM96 kurang setiap bulan tu.. sebab bulanan aku cuma RM764 kalau aku jd ambiklaa..
So kalu chek kat CCRIS aku komitment bulanan aku lg keciklaa kan.. mungkin jjuga kebaikan kat sini aku boleh masuk loan umah lagi..

Sekarang nampaknya plan aku nak dapat cash 60k dah gagal.. cuma boleh dpt 24k + 10 +10 baru 44k.. huish.. ada ker umah lelong yg aku leh dpt dgn budget banyak ni.. nampaknya kena ubah strategy laa kalau aku nak ambik jugak loan citibank nih..

Mungkin cash ni aku buat backup..guna utk 5%@10@ bank draft/deposit, bakinya masuk GIA dulu ke..TH ke..gold pokli ke :) (ASB aku kureng sikit, soryla selagi hukum tak jelas aku tak buat..kalu korang nak buat korang nya hallaa.. ). Banyak lagi tempat boleh roll, cuma kena perah otak sikitlaa mencari... yg penting jalannya sekarang tak semudah yg dirancang..

walau apapun aku kena tetap berjiwa besar, bermatlamat besar, supaya nanti matlamat aku tetap tercapai.. property investor!!! passive income!!!

inilah namanya kita cuma merancang, Allah jua yang menentukan.. dan pengalaman akan terus menjadi guru yang paling rapat dan berharga utk diri kita. Kalau ko orang nak sesuatu kena usahakan jugak.. baru la ada feel.. ada cadangan camner nak layan step seterusnya apa aku kena buat? kalau ada kasi la idea..
24/6/2009 - +ve news -Kak yan update yang manager agro bagi greenlight utk submit application projek buah naga berkelompok ni..

Citibank Home Partner-i

Menarik jugak package refinance rumah citibank ni. Package ni adalah package pinjaman perumahan islamic yang guna konsep Musyarakah Mutanakisah. Details loan nih
BLR-1.8 , cap rate 8.9 selama 10 tahun jika BLR rate melebihi cap rate.
Lock period 5 tahun.
Waive lawyer dan valuer fee bagi loan melebihi 100K
Akaun setup fee RM200.
Bayar lebih terus potong principle.
aku dapat ambik maksima 30 tahun..

Dokumen yg diperlukan;
1) IC photocopy
2) LO bank asal (bank sekarang)
3) Repayment statement - latest
4) Individual title photocopy, kalau takde bg S&P agreement copy
5) payslip latest 3 bulan kena cop HR daa sebab payslip aku tak carbonised..
6) statement Epf terkini.. print je kat kiosk

jadi kira2 kalau aku ambik RM192k masih dalam budget lagi.. bayar baru RM890.. memang rate sewa Taman U ni pun dalam Rm800++..break even lagi.. dapat cash lagi..huhu

Projek Berkelompok Buah Naga.




Alhamdulillah, hari ni bermulanya komitment Projek Buah Naga secara berkelompok yang dirancang sejak bulan 5/09 hari tu. Minggu lepas kak Yan dah bagi offer letter utk aku accept tawaran projek berkelompok nih.. hari ni aku dah bank in duit deposit utk kak yan bayar pada tuan tanah..sewa setahun, kos bersih tanah dan lain2.. semuanya 2,760.00. Insya Allah projek ni akan jadi projek passive income aku yang pertama.. Bakinya utk initial start up kos, kak yan akan uruskan pinjaman dari bank.. harap semuanya berjalan lancar.

Servey sedang giat dijalankan

Bagi merialisasikan (betul ke ejaan aku nih) impian aku (nak tau apa dia.. kenalah terus ikuti blog ni) aku mesti buat step pertama nih.. sekarang aku tengah giat cari bank mana yang offer yang terbaik.. cadangnya bulan 7 bila slip gaji aku cun sikit projek refinance ni akan berjalan...
sekarang ni bank yang duk dlaam kepala aku citibank laa.. ntah ada ke lagi promotion dia orang aku tak tau lerr.. aku minat bank ni pasal aku tanya pegawai dia hari tu, kalau aku bayar lebih, amount yg lebih tu pergi mana? dia cakap semua pergi potong kos... fuhh menarik tuu..cepatlaa habis bayar rumah kalau macam ni.. takper aku ada masa lagi nak servey.. kalu koorang ada info bank mana bg offer menarik, bgtau laa aku yer..